Bagi mazhab lain, mereka perlu menunggu bulan Ramadhan untuk berqunut, atau berlaku suatu musibah (nazilah). Namun bagi mazhab Syafiie, qunut di baca setiap kali menjelang hari baru (iaitu dalam solat subuh).
.
Imam Syafiie berdalilkan hadis dari Anas RA yang menceritakan; Nabi SAW....
 
Untuk ulasan lebih lanjut sila klik link dibawah:
 

Soalan; Assalamu alaikum ustaz, apa hukum air yang digunakan untuk membasuh najis? Adakah dikira najis? kalau terpercik air tersebut semasa membasuh najis adakah perlu dibasuh?

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Jika sekiranya air percikan dari basuhan najis itu ada tanda-tanda bercampur najis (seperti terdapat bau najis darinya), ia dihukumkan sebagai najis dan pakaian atau anggota tubuh yang terkena percikan itu perlulah dibasuh.

Namun jika air percikan itu tidak ada tanda-tanda bercampur najis (tiada sebarang bau atau perubahan warna padanya), menurut pandangan yang rajih dalam mazhab Syafiie; hendaklah dilihat tempat basuhan najis itu. Jika ia kelihatan telah bersih dari najis, maka air yang terpisah darinya (yakni dari tempat basuhan itu termasuk yang terpercik darinya) turut dihukumkan sebagai bebas dari nanis (yakni suci). Namun jika kelihatan tempat basuhan itu masih bernajis, maka air yang terpisah (terpercik) darinya juga dihukumkan sebagai bernajis dan perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan air tersebut (Mughni al-Muhtaj, 1/121).

Namun perlu difahami bahawa hukum fiqh terbina di atas keyakinan atau sangkaan yang kuat (dzan ghalib), bukan di atas waham atau waswas (yakni agakan-agakan tanpa asas). Oleh demikian, hukum perlu dibasuh anggota/pakaian yang terkena percikan itu jika percikan itu benar-benar dilihat oleh mata bahawa ia telah mengenai pakaian/anggota atau terdapat bau najis dan sebagainya. Adapun jika hanya agakan sahaja, tidaklah dituntut membasuhnya, kerana ia adalah waswas.

Wallahu a'lam.

Rujukan tambahan;

Fatwa Islamweb; https://www.islamweb.net/ar/fatwa/184163/

Go to top
JSN Pixel 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework