Beliau dilahirkan di Tambun Tulang, Arau, Perlis.  Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (dari tahun 1986 hingga 1989). 

Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor (dari tahun 1989 hingga 1992). Seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1992 hingga tamat pengajian Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syari’ah dan Undang-undang (bidang pengkhususan bahagian perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. 

Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di peringkat Dirasah ‘Ulya (Pra M.A) di selama dua tahun di Fakulti Syari’ah, Institut Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH). Kolej tersebut mempunyai kerjasama dengan Universiti Al-Azhar dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah ‘Ulya (Pengajian Peringkat Tinggi) dalam bidang pengkhususan Fiqh pada tahun 2004.

Go to top