Joomla ServiceBest Web HostingWeb Hosting
Home AQIDAH Firqah Dhalal; dahulu dan sekarang

Firqah Dhalal; dahulu dan sekarang

User Rating: / 0
PoorBest 

Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 puak (72 di dalam neraka dan hanya 1 dalam syurga). Para ulamak terdahulu ada yang cuba menghitung 72 puak itu secara teratur. Di antara kesimpulan yang pernah diberikan ialah;

1. Muktazilah; ada 20 puak.

2. Khawarij; ada 20 puak

3. Syi’ah; ada 22 puak

4. Murji,ah; ada 5 puak

5. Najjariyah; ada 3 puak

6. Jabariyah; ada 1 puak

7. Musyabbihah; ada 1 puak

 

Namun kita perhatikan, pandangan tersebut tidaklah tepat sepenuhnya. Hitungan tersebut mungkin merujuk kepada zaman penulisnya. Apa yang menjadi reality ialah Firaq ad-Dhalal (kumpulan-kumpulan sesat yang bercanggah dengan aqidah Islam dan I’tiqad Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah) sentiasa muncul pada setiap zaman. Apabila muncul zaman baru, ada saja kumpulan sesat yang muncul yang tidak pernah muncul pada zaman sebelumnya. Pada zaman ini sebagai contohnya muncul kumpulan-kumpulan berikut;

 

a) Sekular; yang menyisihkan agama dari urusan duniawi (ekonomi, pemerintahan, undang-undang negara dan sebagainya), menolak pemerintahan Islam, menganggap agama hanya untuk urusan spiritual sahaja. Golongan secular ini terbahagi pula kepada banyak kecenderungan; ada yang sosialisme, ada yang nasionalisme, ada yang pragmatism dan sebagainya.

 

b) Golongan Islam Liberal; yang menyamakan semua agama (menganut fahaman pluralnisme), menggalakkan perkahwinan campur (antara penganut agama), menolak hokum-hukam yang telah jelas di dalam al-Quran atas alasan diskriminasi seperti menolak pembahagian harta antara lelaki dan wanita dengan nisbah 2:1, menolak keharusan poligami, menafikan kewajipan bertudung atas wanita dan sebagainya.

 

c) Golongan anti hadis; menolak hadis-hadis Nabi s.a.w. termasuk yang soheh kerana merasakan memadai dengan al-Quran sahaja.

 

d) Fahaman Qadiani; yang mengakui Nabi lain dari Nabi Muhammad sebagai Nabi akhir zaman iaitu Ghulan Ahmad Khan.

 

Firqah-firqah moden ini sebenarnya lebih berbahaya kepada aqidah umat Islam dari firqah-firqah dahulu.  Lagipun, firqah-firqah dahulu itu telah lenyap kecuali Syiah sahaja yang masih kuat.

 

Mungkin kerana Rasulullah s.a.w. mengetahui akan munculnya firqah-firqah sesat pada setiap zaman, maka baginda memberi khabar akan muncul pembela Islam pada setiap zaman. Sabda baginda; “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada penghujung setiap 100 tahun orang yang akan membaharui untuknya urusan agamanya” (Riwayat Abu Daud dari Abu Hurairah r.a.).

 

Sabda baginda juga; “Akan senantiasa ada satu puak dari umatku yang dimenangkan oleh Allah (di atas jalan al-haq/kebenaran) hingga datangnya urusan Allah (iaitu hari kiamat) dan mereka akan terus mendapat kemenangan” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari al-Mughirah r.a.).

 

Berkata Saidina ‘Ali r.a.; “Tidak akan sunyi muka bumi ini dari pembela yang akan bangun menegakkan hujjah bagi pihak Islam”.

 
SUMBANGAN

Sumbangan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR);

1. Al Madrasah Ad Diniah Al Islamiyah (MADI), Jejawi Dalam, Arau Perlis; menyediakan pendidikan peringkat menengah. Sila hubungi;Ustaz Ya'akub Abu Seman (Mudir); 019-4574652

2. Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri, Perlis; menyediakan pendidikan peringkat rendah. Hubungi;  Ustaz Ya'akub Abu Seman (Mudir); 019-4574652.

3. Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi Dalam; menyediakan pendidikan peringkat rendah. Hubungi; Ustaz Fakhrul Anwar Ismail; 019-5251523.

Sumbangan anda amat diharapkan.

Demi Masa