Joomla ServiceBest Web HostingWeb Hosting
Home Biodata Penulis

Biodata Penulis

User Rating: / 3
PoorBest 
Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil adalah anak kelahiran Tambun Tulang, Arau, Perlis. Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (1986-1989). Kemudian ke Kolej Islam Klang, Selangor (1990-1992). Berikutnya melanjutkan pengajiaan di Universiti Al Azhar (1992-1997) sehingga memperolehi Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syariah dan Undang-undang (Bahagian Perundangan Islam). Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian di Peringkat Dirasah 'Ulya (Pra MA) berkembar INSANIAH-Azhar selama dua tahun (2004-2005) di Fakulti Syariah, Institut Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH) dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah 'Ulya (Pengajian Peringkat Tinggi). Giat menulis dan telah menghasilkan lebih 30 buah buku Ilmiah Islam, antaranya;
1. 60 Hadis Sifat Solat Nabi s.a.w..
2. Perniagaan Produk Halal (HPA)
3. 30 Hadis Sifat Solat Nabi s.a.w..
4. Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh
5. Jihad Peperangan Nabi s.a.w..
6. Islam Liberal
7. Negara Islam
8. 60 Jawapan bagi soalan anda (Soal-Jawab Agama)
9. 30 Jawapan bagi soalan anda (Soal-Jawab Agama)
10. 70 Hadis Jihad, Imam Ibnu Battah (Terjemahan).
 
SUMBANGAN

Sumbangan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR);

1. Al Madrasah Ad Diniah Al Islamiyah (MADI), Jejawi Dalam, Arau Perlis; menyediakan pendidikan peringkat menengah. Sila hubungi;Ustaz Ya'akub Abu Seman (Mudir); 019-4574652

2. Sekolah Rendah Islam At-Taqwa, Beseri, Perlis; menyediakan pendidikan peringkat rendah. Hubungi;  Ustaz Ya'akub Abu Seman (Mudir); 019-4574652.

3. Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, Jejawi Dalam; menyediakan pendidikan peringkat rendah. Hubungi; Ustaz Fakhrul Anwar Ismail; 019-5251523.

Sumbangan anda amat diharapkan.

Demi Masa