Hukum perniagaan internet
Soalan; ustaz, soalan saya adalah: apakah hukumnya menjalankan perniagaan internet dan menerima upah dari perniagaan itu seperti menjual e-book yang sedang hangat diperkatakan sekarang?
Jawapan;
Last Updated (Sunday, 27 December 2009 02:19)
SELESAIKAN KONFLIK DENGAN SENYAPSemakin banyak orang yang terbabit dengan suatu konflik, semakin sukarlah menemui titik penyelesaiannya. Dua suami isteri jika berkonflik dan konflik itu hanya berlegar antara mereka berdua –tidak keluar dari rumah-, insya Allah konflik itu akan selesai dengan mudah dengan syarat keduanya dapat berbincang dengan baik dan sanggup bertolak ansur. Namun jika konflik telah keluar dari lingkungan rumah dan membabitkan orang lain (ibu bapa, mertua, masuk ke mahkamah atau sebagainya), jalan penyelesaian akan semakin sukar. Rasulullah s.a.w. pernah memberi pesan; Last Updated (Friday, 25 December 2009 00:52) Perbetulkan persepsi kita terhadap tertuduhApabila seseorang menghadapi suatu tuduhan -khususnya tuduhan jenayah-, biasanya masyarakat sudah mula memandang hina kepadanya? Tuduhan baru dibuat dan keputusan belum tentu benar ia melakukan sebagaimana yang dituduh atau tidak melakukannya, namun namanya sudah menjadi buruk. Itulah kelemahan sistem yang ada dalam masyarakat hari ini. Minda masyarakat dimainkan oleh media massa. Media massa pula kebanyakannya tidak bertanggungjawab, bukan berniat mendidik masyarakat, tetapi lebih kepada mencari untung termasuk dengan menyiarkan berita-berita sensasi tanpa memikirkan pandangan Syarak, baik-buruk berita itu disiarkan, kesan terhadap masyarakat dan individu dan sebagainya. Menurut Syari'at Islam, semua manusia Last Updated (Monday, 21 December 2009 05:19) |
Hijrah; setiap hari, bukan setahun sekali.
Satu kerugian bila kita mengingati hijrah hanya setahun sekali, iaitu ketika kita diberi cuti sempena awal tahun Hijrah (1 Muharram). Kita hanya seronok menikmati cuti, tetapi hidup kita tidak pernah berubah, walhal hijrah itu tidak memberi makna melainkan perubahan atau perpindahan. Ada disebut dalam riwayat; “Sesiapa yang sama dua harinya (yakni hari ini dan hari semalam), maka ia adalah rugi. Jika hari ini lebih teruk dari semalam, ia adalah terlaknat” (Riwayat Imam ad-Dailami dari Saidina ‘Ali r.a.).
Firqah Dhalal; dahulu dan sekarangDi dalam hadis, Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa umatnya akan berpecah kepada 73 puak (72 di dalam neraka dan hanya 1 dalam syurga). Para ulamak terdahulu ada yang cuba menghitung 72 puak itu secara teratur. Di antara kesimpulan yang pernah diberikan ialah; 1. Muktazilah; ada 20 puak. 2. Khawarij; ada 20 puak 3. Syi’ah; ada 22 puak 4. Murji,ah; ada 5 puak 5. Najjariyah; ada 3 puak 6. Jabariyah; ada 1 puak 7. Musyabbihah; ada 1 puak Last Updated (Sunday, 20 December 2009 02:26) |


